Semangat Pagi kepada Rakan-rakan BAE.
Hanya tinggal masa lebih kurang sebulan sahaja, kita akan meraikan Majlis Penganugerahan Kebangsaan BAE 2008 yang akan datang ini. Saya percaya pemimpin-pemimpin dan usahawan-usahawan BAE yang akan menerima anugerah pasti menghadiri majlis ini dengan perasaan yang riang. Untuk mereka yang masih belum mencapai keputusan yang memuaskan, jangan berputus asa kerana anda masih mempunyai masa sebulan untuk berjuang ke tahap yang lebih tinggi lagi supaya anda juga boleh berkongsi kegembiraan anda dengan kita bersama pada hari tersebut.
Sebenarnya, setiap orang mempunyai suatu rahsia kejayaan dalam jiwa untuk membolehkan kita mencapai apa yang kita impikan. Atau dalam bahasa Inggeris; ”Thoughts become things”. Walau bagaimanapun, tidak ramai daripada kita yang menyedarinya. Hanya segelintir manusia saja dapat mengendalikannya dan menggunakan kuasa rahsia ini. Dengan bantuan kuasa ini, mereka berupaya memperolehi kekayaan, kegembiraan serta mencorak kehidupan mereka. Rahsia kejayaan yang unggul ini adalah – “Law of Attaction” atau Hukum Tarikan.
(more…)