Prinsip 80/20 juga dikenali sebagai Prinsip Pareto, “80-20 rule”, “the law of the vital few” dan juga “the principle of factor sparsity”. Prinsip ini adalah dikemukakan oleh pakar ekonomi berbangsa Itali, Vilfredo Pareto pada tahun 1897. Kajian beliau mendapati bahawa pembahagian kekayaan antara orang England pada abad ke 19 adalah tidak seimbang. Kebanyakan harta kekayaan masyarakat England adalah pemilik golongan kecil sahaja. Corak ketidakseimbangan ini sentiasa wujud berulangan, dan ketepatannya juga telah terbukti melalui statistik: 20% input menghasilkan 80% output, 20% sebab memberikan 80% akibat, 20% usaha memberi 80% ganjaran. Didapati perkembangan kebanyakan hal masyarakat pada hari ini juga cenderung mengikut jejak prinsip ini.
Pertalian antara Prinsip 80/20 telah memberi kesan dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. Pakar ekonomi mendapati bahawa 20% orang telah menguasai 80% kekayaan; manakala dalam dunia korporat, 20% produk dan konsumer menghasilkan 80% jualan syarikat; 20% produk dan pelanggan memberikan 80% keuntungan. Dalam masyarakat, 20% penjenayah menghasilkan 80% kes jenayah; 20% orang yang gila memandu menyebabkan 80% kemalangan kereta. Dalam rumah pula, 20% keluasan permaidani telah menunjukkan 80% kelusuhan; dalam 80% masa, anda hanya memakai 20% daripada kesemua baju anda. Semua contoh ini telah menunjukkan tanda ketidakseimbangan. Prinsip 80/20 ini memberikan panduan bahawa: “sebahagian besar daripada input atau tenaga akan memberi pengaruh yang kecil; manakala sebahagian kecil daripada input atau tenaga boleh memberi pengaruh yang besar”.
(more…)